Mar 15, 2011

How to be a blogger

Yes,nak jadi blogger pun ada cara-cara dia.
So aku di sini nak sebarkan cara-cara nak jadi blogger yang handal dan korang akan mempunyai blog yang Awesome macam aku punya.
LOL JK.
Blog ni takde lah awesome mana pun.
Follower pun 50 ketul je.
Okay dah lets start with :-

1 : Header
Header ni bagaikan first impression someone kepada blog kau.Kalau header kau average,orang still tengok.Kalau takde header,orang pun still tengok jugak.Kalau header kau ada tapi hembus,baik kau repair dulu or remove je.

2 : Notes
Okay,yang kedua ialah notes.Blogger yang serious tentang blogging akan sentiasa bawak sehelai kertas atau buku untuk tulis things that going on around you guys.Sebab sampai rumah nanti takde lah lupa nak update kat blog kan.

3 : Brainstorming
Yesssza,blogging pun kena ada brainstorming jugak dengan kawan-kawan.Ni kalau dah memang betul-betul terdesak nak post boleh la kumpul kawan-kawan pastu brainstorming sama-sama.

4 : Promote
Promote ni antara benda yang paling susah.Kadang-kadang promote kau menjadi kadang-kadang tak.Nak tau macam mana menjadi ke tak?Kalau pageview korang meningkat dalam 200 pageviews tuu kira menjadi sikit lah.Kalau nak lebih berkesan,cari apps yang boleh connect kan FB and Twitter korang ke Blog korang.Itu lagi nice.

5 : Pictures
Kalau boleh,setiap post tuu selit lah sehelai dua gambar agar kau punya post tuu takde lah boring dan penuh dengan tulisan.Tapi aku lagi suka penuh tulisan.Kalau boleh gambar tuu gambar yang di-edit or something parody-ed by you guys.

6 : Time management
Time management memang penting.Blogging ni paling kurang ambik masa dalam 1 jam nak cari benda nak dipost,so pandai-pandai lah adapt dengan masa untuk blogging ni.
Aku sendiri pun ade jadual untuk blogging beb,jangan main-main.
Time management penting sebab hypotesis nye,semakin lama korang buat post,semakin syok post tuu akan jadi.So,lagi lama lagi bagus lah kan?

7 : Templates
Templates ni aku paling suka.Templates ialah skin bagi blog kau lah.Kalau boleh,pilih yang smart,simple,dan jugak cool.Sebagai contoh tengok lah blog aku punya template,simple je kan?

8 : Followers
Jangan risau kalau followers kau berbelas or ber-sa je.Yang penting kau mengarut lah berapa banyak kau nak sebab ni kan blog kau,so relax sudah.Kau post je ape yang kau suka,kalau orang rasa orang nak follow,orang follow lah kan?Tak payah nak disuruh pun diorang akan follow asal kan blog kau awesome sikit.Biasanya perempuan punya followers yang macam sial banyak.

9 : Post
Post pasal benda yang baru jadi around korang.Aku boleh guarantee kau punya pageview naik gila babi tahap dewa kalau kau post.Biasanya benda-benda yang hot macam earthquake tuu kena "haunt" oleh pembaca-pembaca seluruh dunia untuk baca article-article baru ni.So blog korang lah diorang tengok.

10 : Bahasa
Pasti kan bahasa kau bahasa yang bersahaja.Jangan nak berpuisi pulak kat blog ni.Tuu dah mengarut.Just be cool macam korang tengah berbual dengan orang yang tgh baca blog kau sekarang ni.

Okay itu je lah kut tips-tips yang aku rasa boleh diterima akal.
Aku guna beb tips-tips ni tapi tak semua lah.
Make your blog/blogs worth following for okay?
=D

3 comments:

  1. "semakin lama korang buat post,semakin syok post tuu akan jadi" adakah???

    header... teknik photoshop yg masih ditahap lemah.. sila cuba lagi :)

    ReplyDelete
  2. Arif : TQ sayang.Muah.hahahha

    Cikgu Frazi : Nak buat effect banyak2 takut tak kena dengan header pulak.heehehe=D

    ReplyDelete

Followers

Popular Posts

create avatar

©2010-2011 msafiuddinismail.blogspot.com. All Rights Reserved.

Back to TOP